Selamat Sejahtera.
Ini merupakan laman blog Persatuan Pemulihan Khas bagi IPG Kampus Bahasa Melayu. Asas utama blog ini diwujudkan adalah bagi memenuhi keperluan kerja kursus persatuan. Namun begitu, usaha yang semurni ini diharapkan tidak berhenti setakat ini sahaja. Kami berdoa dan berharap serta akan berusaha bagi memastikan laman ini dapat menyediakan maklumat yang berguna bagi tatapan warga pendidik, terutamanya guru pemulihan khas mahupun guru pelatih pemulihan khas. Juga kepada masyarakat umum diluar sana. Kerana kita sedar dan mahu seluruh masyarakat sedar bahawa pendidikan adalah untuk semua.
Saya sudahi entri pemula ini dengan serangkap kata-kata hikmat dari tokoh pendidik terkenal indonesia, Ki Hadjar Dewantara :
"ing ngarso sung tulodo, ing madya mangun karsa, tur wuri handayani"
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment