Monday, 19 September 2011

DISLEKSIA




Definisi

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah  ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
            “Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968)
Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah;
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA

Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.

SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak. (Pengenalan Ke Dyslexia)

JENIS-JENIS DISLEKSIA

Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu;
  • Disleksia visual (penglihatan)
    • Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
  • Disleksia auditori (pendengaran)
    • Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi  percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh dislaksia auditori
  • Disleksia visual-auditori
    • Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
  • Keturunan atau genitik
    • Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
  • Biologi
    • Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
  • Kematangan
    • Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangnya pada banagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia
CIRI-CIRI DISLEKSIA

Tanda bagi kanak-kanak pra-sekolah
  • Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
  • Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
  • Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
  • Serigkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
  • Tidak merangkak semasa bayi
  • Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
  • Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak Sekolah Rendah
6 hingga 9 tahun
  • Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
  • Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
  • Keliru dengan kiri dan kanan
  • Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
  • Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
  • Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
  • Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
  • Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
  • Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
  • Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
Sekolah Menengah
  • Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
  • Kesukaran menulis karangan
  • Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
  • Kesukaran mempelajari bahasa lain
  • Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
  • Jenis orang yang suka senyap
  • Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
  • Kuran kemahiran bersosial
MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KANAK-KANK DISLEKSIA

Masalah utam yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
  • Mengeja
  • Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w                  y –g – j      u – n           m – n
c – e                     p – q           h – n           b – d
  • Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h           f – v
  • Membaca
    • Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti;
Batu – tuba                           Gula - lagu
    • Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut;
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
    • Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut;
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem          cat - cat
  • Menulis
    • Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jiga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
    • Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
  • Bercakap dan mendengar
  • Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
  • Nombor
    • Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut;
3 – 5 - 8               9 - 6
  • Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
  • Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkna baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
  • Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
  • Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH MEMBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
  • Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
  • Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
  • Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
  • Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
  • Membacakan  cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
  • Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
  • Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
  • Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
  • Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
  • Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

 Maklumat dikumpul oleh: Admin
Sumber : Pelbagai

No comments:

Post a Comment