Monday, 19 September 2011
Apa itu pemulihan???
Pemulihan...apa yang anda tahu mengenai pemulihan. Pemulihan daripada kata dasarnya pulih. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, pulih bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula), sembuh atau baik semula. Daripada maksud diatas, dapat didefinisikan pemulihan bermaksud perbuatan memulihkan atau pengembalian kepada keadaan yang semula. Jadi, penubuhan blog Pemulihan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya murid-murid pemulihan ini untuk dibantu supaya mereka tidak keciciran. Masyarakat perlu sedar bahawa bukan guru sahaja yang perlu membantu mereka malah semua pihak bertanggungjawab dalam membantu murid yang mungkin masih merangkak-rangkak dalam mengenal ABC atau mengira. Tujuan kami di sini adalah sedikit sebanyak dapat membantu guru pemulihan atau individu lain yang mempunyai masalah dalam membaca, menulis dan mengira. Bantulah dan kasihanilah mereka yang memerlukan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment