Monday, 19 September 2011

Pembinaan Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Pemulihan Matematik

Bahan-bahan aktiviti :

         Bertulis  – Lembaran kerja / Kad kerja
   Lisan      – Latih tubi / congak
         Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur / penimbang


  Kit bahan bantu mengajar matematik

Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan  buku  panduan menggunakannya.

         Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah;

            1.   Papan flanel bermagnet -  semua topik

            2.   Abakus/dekak-dekak      - Topik : nilai tempat, operasi tambah, operasi tolak.

            3.   Carta-carta -  semua topik

            4.   Kad-kad nombor / kad jalur – Topik : nombor, susunan nombor ↑ ↓ .

            5.   Benda-benda pembilang -  Topik : nombor, operasi  +, -, x dan - .

            6.   Lembaran-lembaran kerja / kad kerja -  semua topik

Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka.  Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku Panduan Khas Matematik. 
         

 Set permainan matematik

Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan boleh digunakan untuk  aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah.  Di antaranya ialah:

·      Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang   
     lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda
     yang  tersembunyi.

  • Menyambungkan garis putus-putus  atau titik untuk mencari jalan keluar.  

  • Mencari benda-benda yang tersembunyi dalam gambar.

  • Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran murid.

  • Permainan nombor/ domino untuk menguatkan kemahiran operasi nombor.

  • Permainan ular dan tangga dengan tujuan untuk menguatkan kemahiran operasi
tambah dan  tolak

  • Membentuk gambar daripada tangram.

  • Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp kad donkey)

  • Jigsaw puzzle bernombor

  • Boling nombor

  • Roda impian

  • Dart bermagnet

  • Pancing ikan

No comments:

Post a Comment