Thursday 13 October 2011

Pentaksiran dalam Matematik

5.1 Ujian Diagnostik

·         Definisi

Pengujian bermaksud ‘memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem’. Banyak perkara yang dijalankan dalam bilik darjah dapat dikategorikan sebagai pengujian. Contohnya, ramai guru meminta murid-muridnya mengisi maklumat peribadi dalam suatu borang itu, anatara perkara yang mungkin ditanya ialah hobi murid dan sebabnya mereka berminat dengan hobi itu. Persoalan seperti itu boleh dikategorikan sebagai pengujian.

   Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat yang diperoleh dalam bentuk nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada maklumat yang diperoleh. Penggunaan nombor dalam pengukuran dirujuk dalam definisi pengukuran oleh Stevens (1951). Mengikut Stevens, pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Ringkasnya, pengukuran merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah.

   Ujian Diagnostik digunakan untuk mengesan punca kelemahan murid tentang penguasaan kemahiran-kemahiran matematik. Berdasarkan kepada keputusan ujian diagnostik ini, guru dapat merancang aktiviti pengajaran pemulihan dengan lebih berkesan.

   Terdapat  beberapa  aspek yang boleh diuji dalam ujian diagnostik iaitu dari aspek pengamatan penglihatan dan pendengaran dan angka.



·   Pembinaan Ujian

Sebagaimana yang kita ketahui, penilaian bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. Oleh itu, pengujian merupakan alat pengukuran utama dalam penilaian. Ini bermakna keberkesanan penilaian bergantung kepada segala proses pengujian yang disediakan mengikut prinsip-prinsip tertentu dan diuruskan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan. Dengan perkataan lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian.

Sesuatu ujian yang dikatakan baik dan bermutu tinggi mengandungi beberapa ciri yang istimewa. Di antaranya ialah ciri kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran.
-  Senarai kemahiran

  Berdasarkan tujuan ujian, guru boleh memilih isi kandungan yang hendak diuji. Biasanya, isi kandungan merangkumi kemahiran-kemahiran dalam satu atau beberapa topik matematik yang telah dipelajari oleh murid-murid.

Adalah ditegaskan bahawa kemahiran-kemahiran yang dipilih sebagai isi kandungan ujian hendaklah berdasarkan senarai kemahiran matematik pemulihan khas. Selain itu, aras kemahiran hendaklah ditentukan untuk setiap item atau soalan ujian.

Guru boleh menguji murid-murid dengan soalan-soalan yang berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dirujuk daripada senarai kemahiran.

Biasanya, perkara-perkara yang hendak diuji dalam ujian diagnostik ini adalah semua kemahiran asas dalam sesuatu topik atau sesuatu unit pelajaran matematik. Misalnya, untuk mengesan bidang kelemahan murid-murid dalam penguasaan kemahiran-kemahiran seperti operasi tolak bawah lingkungan 50, guru boleh merancang satu ujian diagnostik dengan soalan-soalan yang meliputi semua peringkat kemahiran operasi tolak.



 Jadual Spesifikasi  Ujian (JSU)/ Jadual Penentuan  Ujian (JPU)

            Jadual Spesifikasi  Ujian (JSU) perlu dibentuk untuk membantu penggubal dalam tugas pembinaan item ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat mustahak kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah :

1.    Tajuk atau topik pengajaran yang akan diuji.
2.    Kemahiran yang akan diuji.
3.    Bilangan item ujian mengikut tajuk, dan kemahiran.
4.    Jumlah bilangan item ujian.

Pembinaan soalan adalah mudah sekiranya hasil pengajaran yang ingin diuji adalah jelas dan JSU telah disediakan. Penggubal soalan harus mematuhi JPU dalam perkara yang berikut :

1.            Tajuk dan topik yang akan diuji, dan pemberatannya.
2.            Kemahiran yang akan diuji, dan pemberatannya.
3.            Aras kesukaran soalan.
4.            Jenis soalan.

Apabila topik-topik matematik dan aras kemahirannya telah ditentukan, guru boleh menyediakan satu Jadual Spesifikasi Ujian untuk memastikan pemberatan yang wajar bagi topik-topik matematik serta aras kemahirannya sesuai dengan kebolehan murid-murid keseluruhannya.

Dengan adanya JSU, kita dapat memastikan item/soalan yang dibina akan mempunyai ciri-ciri ujian yang baik seperti ciri  keesahan dan keboleh percayaan. Ia juga dapat diuji secara keseluruhan serta pemberatannya mengikut aras kemahiran dapat dibahagikan secara sepatutnya.

           
·                     Pentadbiran Ujian

Peranan utama guru di sekolah ialah sebagai tenaga pengajar. Untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan licin, guru perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu juga berperanan sebagai pengurus. Antara tugas yang perlu diuruskan oleh guru dalam bilik darjah ialah :

1.            Susunan fizikal bilik darjah.

2.            Rutin bilik darjah.

3.            Pengumpulan murid.

4.            Suasana sosial.

5.            Disiplin  bilik darjah.


Langkah-langkah pentadbiran sesuatu ujian pada umumnya meliputi tiga peringkat yang utama, iaitu peringkat persediaan, peringkat pelaksanaan dan peringkat penyelesaian. Peringkat persediaan ialah peringkat sebelum ujian dijalankan. Langkah ini meliputi penyemakan bilangan kertas soalan ujian yang telah disediakan. Sebelum ujian bermula, tempat duduk calon hendaklah disusun mengikut peraturan ujian, demi mengurangkan kesempatan calon meniru di antara mereka. Di samping itu, tempat hendaklah cukup selesa untuk calon menulis jawapan masing-masing.


Peringkat pelaksanaan bermula dari masa calon masuk bilik ujian hingga masa tamat ujian. Apabila semua calon telah masuk bilik ujian, biasanya 15 minit sebelum ujian bermula, dan semuanya telah berada di tempat masing-masing, kertas soalan dan kertas menulis akan diedarkan oleh guru. Sebelum calon mula menjawab soalan, arahan hendaklah diberikan dengan jelas oleh guru. Guru perlulah memberitahu calon tentang masa ujian lima belas minit sebelum ujian berakhir. Guru hendaklah juga memberi arahan kepada semua calon supaya berhenti menulis apabila ujian berakhir.


Peringkat penyelarasan dalam proses pentadbiran ujian meliputi kerja mengutip skrip-skrip jawapan. Semua kertas jawapan hendaklah disemak untuk memastikan bilangan yang telah dikutip adalah betul. Calon-calon hanya dibenarkan meninggalkan bilik ujian selepas bilangan kertas-kertas jawapan telah dikira.



·                     Pentafsiran Ujian
 
Bagi ujian diagnostik matematik, guru yang menggubal soalan hendaklah mencadangkan skema pemarkahan dan digunakan dalam memeriksa kertas jawapan pelajar supaya perbandingan yang sah dapat dijalankan antara pencapaian pelajar dalam item secara keseluruhan.

Apabila guru menandakan sesuatu kertas ujian, guru perlulah cuba menandakan kesilapan yang telah dilakukan oleh pelajar tersebut. Di samping itu guru hendaklah membuat analisis secara individu dan secara berkumpulan untuk mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan kekuatan pelajar bagi mengatur langkah-langkah yang wajar.

Melalui ujian yang telah dijalankan, guru dapat mengenalpasti kemahiran-kemahiran yang belum dikuasai oleh murid-murid ini. Guru memeriksa kertas jawapan dan membuat analisis daripada keputusannya. Apabila bidang kelemahan telah dikenalpasti, guru merancang aktiviti pemulihan untuk murid-murid lembap.



·                     Penyediaan hasil  pembelajaran

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, guru boleh merancang aktiviti pemulihan dengan tujuan menolong murid itu membetulkan kesalahannya dan seterusnya menguasai kemahiran menolak dua digit dengan dua digit gandaan 10 tanpa sebarang kesilapan. Untuk merancang aktiviti pemulihan dengan berkesan, guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan matematik, iaitu :

a) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang telah    dikesan.

b) Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak daripada mudah      kepada susah, mengikut kebolehan dan pengalaman murid.

c)  Di dalam peringkat permulaan, pelbagai jenis alat bantu mengajar perlu digunakan supaya    membantu murid-murid memahami konsep yang diperlukan untuk menguasai kemahiran.

d) Semua simbol dan istilah matematik harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu  mengajar, supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah dipelajari dahulu.

e) Latihan congak dan latihan  bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru. Soalan-soalan yang diberikan harus daripada mudah kepada susah demi membina keyakinan murid terhadap kebolehan mempelajari matematik. Pada peringkat permulaan, murid boleh menggunakan alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalah, tetapi pada akhirnya, murid harus dapat menyelesaikan  masalah itu secara bertulis tanpa alat bantu mengajar.

f) Aktiviti penilaian harus diberikan  kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis dalam kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan masalah matematik secara bertulis. Penilaian ini akan menetukan sama ada objektif pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak.


5.2 Rancangan Pengajaran  Individu


·                     Merancang RPI

Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkan pencapaian sedia ada bagi murid dan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif ini dibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan. RPI juga menentukan penempatan pendidikan dan perkhidmatan yang diperlukan bagi mencapai matlamat dan objektif. Di dalam RPI, dinyatakan juga tarikh perkhidmatan yang diberi.

RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hari ataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. Pembentukan RPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid menerima sebarang perkhidmatan yang sesuai atau pun diberi pendidikan khas. Semua RPI perlu disemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapi ibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.


·                     Melaksanakan RPI

Pada peringkat permulaan RPI, jawatankuasa perlu melibatkan pihak yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai pengetahuan dalam prosedur penilaian yang dijalankan terhadap murid dengan keperluan khas.

Semakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunya perubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahan matlamat dan objektif, penambahan ataupun penamatan perkhidmatan, penambahan ataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktiviti pendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperolehi bagi sebarang perubahan, penamatan ataupun penambahan perkhidmatan. Pencapaian semasa bagi murid adalah satu kenyataan bertulis yang menerangkan berkenaan kekuatan, kelemahan dan stail pembelajaran murid dalam bidang akademik, vokasional, sosial, tingkah laku, persepsi, fizikal, komunikasi, kemahiran urus diri. Maklumat ini adalah maklumat terkini, disokong dengan data yang relevan daripada penilaian formal dan informal serta pemerhatian. Semua data disertai dengan penerangan yang menjelaskan fungsi murid.

Matlamat yang dinyatakan menggambarkan pengetahuan berkaitan fungsi semasa murid dalam kemahiran, kemahiran seterusnya dan anggaran bagi kadar pembelajaran murid itu.

No comments:

Post a Comment