Thursday 13 October 2011

Matematik sosial

·         Definisi dan fungsi

                   Menurut Kamus Dewan edisi ketiga tahun 2002, Matematik bermaksud ilmu hisab. Dengan kata lain matematik bermaksud ilmu yang berkaitan dengan pengiraan. Perkataan sosial pula ditafsirkan sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan, berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang, suka bergaul dan bermesra dan berkenaan hal-hal kemasyarakatan.

       Berdasarkan kedua-dua definisi ini, matematik sosial dapatlah ditafsirkan sebagai ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan pengiraan yang diaplikasikan dalam kehidupan seharian dalam sesebuah masyarakat.

       Matematik sosial mempunyai fungsi yang sangat besar dalam kehidupan bermasyarakat. Antaranya ialah:
-       membolehkan sesebuah masyarakat menjalankan proses jual beli secara lebih terancang.
-       Membolehkan manusia mengurus kehidupan dengan lebih baik dengan adanya pengetahuan berkaitan dengan masa dan waktu.
-       Untuk membolehkan manusia mengira umur, hari, bulan dan tahun.
-       Membolehkan manusia menentukan jangka masa untuk melakukan sesuatu.

·         Komponen


           - Masa dan waktu

                        Murid diperkenalkan dengan konsep masa dan menyatakan masa. Mereka perlu didedahkan dengan kemahiran menamakan bahagian-bahagian dalam sehari semalam iaitu pagi, tengah hari, petang, malam dan tengah malam. Pemahaman murid boleh dikukuhkan dengan meminta murid merekodkan aktiviti-aktiviti mengikut bahagian siang dan malam.

         Murid juga diperkenalkan dengan muka jam serta fungsi jarum panjang dan jarum pendek dan menyatakan waktu dalam pecahan jam seperti membahagikan muka jam pada 4 sukuan. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah menamakan waktu dalam jam dan pecahannya, membuat jadual harian dan mendapatkan maklumat daripada jadual sedia ada.

         Murid juga didedahkan dengan kemahiran membaca maklumat dari kalendar hari, hari bulan, minggu, bulan dan tahun serta penyelesaian masalah yang berkaitan dengan masa dan waktu.



         - Wang

              Murid diperkenalkan dengan duit syiling 1 sen, 5 sen, 10 sen dan 50 sen serta wang kertas RM1, RM2, RM5 dan RM10. Murid juga diajar perkaitan antara duit syiling dengan wang kertas dan cara menulis wang dalam bentuk simbol sen dan Ringgit Malaysia. Murid juga didedahkan dengan kemahiran menyatakan perbandingan nilai wang. Ini bertujuan supaya murid dapat menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian yang melibatkan wang seperti belanja harian membeli-belah dan tambang menambang yang menggunakan kiraan sen dengan melibatkan jumlah dan baki.



- Ukuran/ sukatan/Timbangan


Ukuran

   Melibatkan penentuan saiz dan kuantiti benda seperti lebih panjang, lebih pendek, lebih besar, lebih kecil, lebih berat, lebih tebal dan sebagainya. Peringkat awal pengajaran memberi tumpuan kepada perbandingan saiz fizikal, kuantiti dan nilai benda tanpa melibatkan pengenalan mengenai unit ukuran serta operasi unit ukuran. Bahan-bahan seperti benang, kayu, tangan, kaki, pensel,tuas dan lain-lain untuk memahami konsep panjang, pendek dan seterusnya. Skim pengajaran awal tentang panjang dan jarak melibatkan jadual peringkat pengajaran seperti pengenalan, menjelaskan ukuran panjang, tinggi jarak secara mudah, pengenalan kepada unit ukuran standard, keperluan menggunakan unit-unit yang lebih ganjil, latihan menggunakan pembaris meter dan pita ukur dan kemahiran menggunakan alat-alat ukuran panjang dan menukar.

Timbangan

   Pengajaran awal memberi tumpuan kepada perbandingan timbangan antara     berbagai-bagai bahan. Perbandingan itu adalah secara:

i. Kuantiti

            Bilangan atau isipadu yang sama.


 ii. Berat yang sama tetapi isipadu yang berlainan.

            Tujuan nya supaya murid dapat membuat pengasingan pada pemikiran mereka bahawa berat dan kuantiti bilangan atau isipadu ialah konsep yang berlainan. Skim pengajaran awal tentang berat meliputi peringkat pengajaran pengenalan kepada ringan dan berat benda-benda, menimbang secara perbandingan, memperkenalkan unit timbangan berat, menggunakan neraca spring.


4.5   Masalah Matematik
                       
Masalah matematik perlu diselesaikan mengikut pendekatan yang terancang. Penyelesaian masalah dalam matematik adalah suatu situasi pembelajaran iaitu matlamat itu tercapai melalui suatu pemilihan proses dan pelaksanaan operasi tersebut. Untuk mengembangkan kemahiran menyelesaikan masalah dalam diri murid, guru perlu bijak memilih soalan menyelesaikan masalah yang bersesuaian dengan tahap murid. Kejayaan murid menyelesaikan sesuatu masalah akan meningkatkan minat mereka untuk menyelesaikan masalah yang lain.

  • Penyelesaian masalah menggunakan Model Polya.

      Polya(1973) dalam bukunya How to Solve It: Aspect of Mathematical Methode menyarankan bahawa dalam proses penyelesaian masalah matematik, murid harus mampu berfikir untuk memahami masalah, merancangkan penyelesaian, menyelesaikan dan mengaitkan masalah yang sedang didapati dengan pengalaman dan pengetahuan yang telah dilalui sebelumnya. Langkah-langkah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah menurut Polya adalah seperti berikut:

  1. Mulakan di mana? Mula dengan apa yang diketahui.

  1. Apakah yang boleh dibuat? Pandang masalah itu dari beberapa segi dan cari kaitan antaranya dengan pengalaman lalu.

  1. Bagaimanakah satu idea menjadi berguna? Ia memberitahu bagaimana masalah itu dapat dimulakan serta diselesaikan.

  1. Apakah yang dibuat dengan idea yang kurang lengkap. Pertimbangkan idea itu. Kalau ada kebaikan, pertimbangkan seterusnya, kalau tidak ketepikan sahaja.

  1. Apakah faedah yang diperoleh jika perbuatan itu berulang? Kalau idea pertama tidak sesuai, fikirkan idea lain. Mungkin idea lain berupaya memberi penyelesaian kepada masalah. Walaupun kadang-kadang idea yang tidak sesuai memakan masa, tetapi memikirkan pelbagai idea merupakan aktiviti yang baik dan mesti digalakkan.

Untuk lebih jelas, Model Polya dilaksanakan dalam  peringkat:

i)              Memahami soalan bermasalah – murid dibimbing untuk memahami item-item yang terlibat dalam masalah, perkaitan di antara item yang dikenal pasti dan item yang hendak dicari atau dijawab

ii)             Peringkat merancang strategi – memilih operasi-opersi yang sesuai, menggunakan gambarajah, cara analogi, menggunakan kaedah uniter dan sebagainya.

iii)            Peringkat melaksanakan strategi – menghuraikan langkah penyelesaian secara sistematik untuk memndapat jawapan yang betul

iv)           Peringkat menyemak jawapan dan penyelesaiannya –bmencari cara lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara songsang seperti jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab.
                                    


  • Pengesanan Masalah Menggunakan Kaedah Newman 

Newman (1983), menyatakan masalah utama murid dalam menjawab soalan berbentuk perkataan terletak kepada peringkat kefahaman dan transformasi,iaitu menukarkan perkataan dalam soalan kepada ayat atau simbol matematik. Cramer & Karnowski, 1995) mengungkapkan ;

            Children’s informal language can indicate a readiness to translate to formal abstract symbol.For example,when student can talks about their action with manipulatives or describe how problems can be solved with manipulatives or describes how story problems can be solved with manipulatives or pictures,they are ready to record their ideas with written symbols”.

Melalui kemahiran berbahasa dalam matematik murid atau pelajar akan berkomunikasi dengan matematik terutamanya dengan kurikulum matematik yang menjadi pilihan kepada abad ini dan abad yang mendatang.
    

No comments:

Post a Comment