Thursday, 13 October 2011

KEMAHIRAN PENGAMATAN 1


DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS

1.1 PENDAHULUAN

i. Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui

pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

ii. Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan

merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas

panca indera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

iii. Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh berkembang dan dipelajari.

Sungguhpun ia berkait rapat dengan dengan darjah kecerdasan seseorang

kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya

dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

iv. Mengikut pendapat Ruth Strang dalam bukunya “ Reading Diagnosis and

Remediation” beliau mengatakan pengamatan ialah satu proses yang

bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada

pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-

kanak.

v. Janet W. Learner (1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities”

telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal

maklumat daripada tindak balas panca indera atau mekanisme yang

mentafsirkan sesuatu pergerakan panca indera dengan kuasa intelek.

1.2 BAGAIMANA KANAK-KANAK MENGAMATI

Kanak-kanak menggunakan sebelah matanya sahaja untuk melihat selepas dilahirkan. Beberapa minggu kemudian, dia mula melihat dengan menggunakan kedua-dua belah matanya. Pada akhir bulan kedua kanak-kanak ini sudah boleh menghalakan perhatiannya secara langsung kepada objek yang ada di hadapannya. Apabila objek itu bergerak dari sebelah ke sebelah, pergerakan mata bayi itu juga akan mengikutinya.

Dari peringkat inilah bayi itu mula memerhati sesuatu terutamanya pada benda-benda yang bergerak atau yang berwarna garang. Walau bagaimanapun benda-benda yang diperhatinya itu adalah semata-mata satu benda sahaja dan tidak dapat mentafsirkan keadaan benda itu kepada makna yang lebih dalam lagi.

Apabila kanak-kanak itu berusia lima bulan, dia sedar tentang keadaan sesuatu benda yang dilihatnya. Dia mula menyedari bahawa benda yang dilihatnya itu boleh dipegang. Kesedaran itu datang secara berperingkat-peringkat. Mula-mula ia faham tentang bentuk sesuatu benda itu, kemudian apabila kanak-kanak itu hampir berumur satu tahun dia mula menyedari tentang setiap benda mempunyai identitnya yang sendiri. Dia akan faham walaupun satu benda yang sama jenis seperti bola umpamanya, apabila diamati ia akan terdapat beberapa perbezaan dari segi saiz, warna, corak dan sebagainya.

1.3 MENGAPA PENGAMATAN PENTING DALAM PEMBELAJARAN

Objek-objek di sekitar ditanggap melalui alat-alat panca indera dan diproses pada bahagian tertentu dalam otak sehingga objek itu dapat diamati. Kemampuan untuk membeza, mengumpul dan membuat penumpuan itu disebut sebagai kemampuan untuk mengorganisasi pengalaman. Dengan adanya organisasi ini, manusia selalu belajar dari pengalaman, maka lambat -laun tersusunlah pola pengamatan yang kekal dalam diri kita.

Kebanyakan kanak-kanak keliru dengan huruf dan nombor seperti menulis dengan terbalik, salah menulis kedudukan nombor, keliru dengan huruf besar dan kecil dan lain-lain lagi. Pengamatan adalah satu proses kemahiran yang memerlukan kecekapan dalam menganalisa bentuk-bentuk dan simbol dalam bacaan. Jika kanak-kanak menulis huruf “a” secara terbalik maka tidaklah dapat kita tafsirkan dalam bacaan. Dalam konsep nombor kanak-kanak mesti mempunyai kekuatan pengamatan untuk membentuk nombor yang betul. Jika 16 ditulis 19 dan 15-2 ditulis 51-2, ini menghasilkan jawapan yang salah.

No comments:

Post a Comment