Bahan-bahan aktiviti : 
         Bertulis  – Lembaran kerja / Kad kerja
   Lisan      – Latih tubi / congak 
         Bahan konkrit – Benda-benda maujud ict, kubus / bongkah, alat pengukur / penimbang 
  Kit bahan bantu mengajar matematik
Kit bahan bantu mengajar matematik mengandungi berbagai jenis alat bantu mengajar matematik dan  buku  panduan menggunakannya.
         Alat-alat bantu mengajar matematik yang terkandung dalam kit ialah;
            1.   Papan flanel bermagnet -  semua topik
            2.   Abakus/dekak-dekak      - Topik : nilai tempat, operasi tambah, operasi tolak.
            3.   Carta-carta -  semua topik
            4.   Kad-kad nombor / kad jalur – Topik : nombor, susunan nombor ↑ ↓ .
            5.   Benda-benda pembilang -  Topik : nombor, operasi  +, -, x dan - .
            6.   Lembaran-lembaran kerja / kad kerja -  semua topik
Pada amnya, cara menggunakan alat bantuan mengajar hendaklah diuruskan dengan betul dan cekap, supaya murid-murid dapat memahami dan mengekalkan konsep atau fakta matematik dalam ingatan mereka.  Bahan-bahan ini boleh digunakan bersama dengan aktiviti pelajaran yang dicadangkan di dalam Buku Panduan Khas Matematik.  
Terdapat berbagai jenis permainan yang berunsur pendidikan yang sesuai dan boleh digunakan untuk  aktiviti pengukuhan dalam bilik darjah.  Di antaranya ialah:
·      Menyambungkan nombor-nombor mengikut susunan dari satu titik ke titik yang   
lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda
yang tersembunyi.
lain untuk menguatkan kemahiran susunan nombor dan mencari benda-benda
yang tersembunyi.
- Menyambungkan garis putus-putus  atau titik untuk mencari jalan keluar.  
 
- Mencari benda-benda yang tersembunyi      dalam gambar.
 
- Permainan catur untuk mengembangkan pemikiran      murid.
 
- Permainan nombor/ domino untuk      menguatkan kemahiran operasi nombor. 
 
- Permainan ular dan tangga dengan tujuan      untuk menguatkan kemahiran operasi 
 
tambah dan  tolak
- Membentuk gambar daripada tangram. 
 
- Permainan kad angka ganjil (disuaikan drp      kad donkey)
 
- Jigsaw puzzle bernombor
 
- Boling nombor
 
- Roda impian
 
- Dart bermagnet
 
- Pancing ikan
 
No comments:
Post a Comment